UPSR: Contoh Jawapan Bina Ayat ( Penulisan ) - Siri 3

Isnin, 15 Jun 2020 7:45 PTG By Shammmm


Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.
Latihan dan Jawapan Bina Ayat Berdasarkan Gambar | UPSR Bahasa ...
1. Encik Abu sedang menyiram bunga-bunga di taman agar dapat tumbuh dengan sihat.

2. Anis sedang membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan di taman.

3. Nabil dan Farah sedang bermain bola bersama-sama dengan riang sekali di taman yang berdekatan dengan rumah mereka.

4. Tisha dan Aiman sedang bermain jongkang-jongket di taman dengan gembira sekali.

5. Ali sedang bermain gelongsor di taman yang berdekatan dengan rumahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan