UPSR: Contoh Jawapan Bina Ayat ( Penulisan ) - Siri 2

Isnin, 15 Jun 2020 5:58 PTG By Shammmm


Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.

TEMA 1 (KELUARGA)

1. Encik Ali sedang mengelap cermin di rumahnya agar berkilat.

2. Puan Aminah sedang mengelap sebuah bingkai gambar yang kelihatan berhabuk di rumah.

3. Amin sedang menyusun buku-buku di rak agar kelihatan kemas dan teratur.

4. Azfar sedang membersihkan akuarium miliknya agar bersih untuk tempat tinggal ikan-ikannya.

5. Aiman sedang mengecat dinding menggunakan cat baharu supaya rumahnya kelihatan cantik.

0 ulasan:

Catat Ulasan