PT3/SPM: Kata-kata hikmat untuk Penulisan Karangan Cemerlang - Siri 2

Isnin, 15 Jun 2020 9:02 PTG By Shammmm

1.  Ahli falsafah -  " Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. "

2.  Ayat 77 Surah Haji -  " Dan berbuatlah kebaikan supaya kamu beroleh kemenangan "

3.  Ayat 214 Surah Baqarah -  " Berpegang teguhlah dengan tali Allah "

PT3/SPM: Kata-kata hikmat untuk Penulisan Karangan Cemerlang - Siri 1

8:56 PTG By Shammmm

1.  Usman Awang -  " Kalau ingin hidup merdeka, tiada tercapai hanya berkata, ke muka maju sekata, maju kita, melemparkan jauh jiwa hamba."

2.  Hamka -  " Kecantikan yang abadi, terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. "

3.  Sabda Rasulullah -  " Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu "

Mahu belajar lebih banyak kata hikmat ? Boleh rujuk diri Siri 2.

SPM: Senarai Frasa Puitis dan Menarik untuk Penulisan Karangan Cemerlang ( Cadangan ) - Siri 2

8:42 PTG By Shammmm

1. Hangat diperdebat
2. Hanya pandai menuding jari
3. Impak positif
4. Jaringan komunikasi
5. Kancah kemiskinan
6. Kehebatan dan karismatik pemimpin
7. Komited melaksanakan tugas
8. Langkah efektif
9. Ledakan maklumat
10. Masih menjadi teka-teki
11. Melakukan tindakan yang drastik
12. Menggembleng tenaga
13. Pembangunan sahsiah murid
14. Resepi kejayaan
15. Wadah perjuangan

SPM: Senarai Frasa Puitis dan Menarik Untuk Penulisan Karangan Cemerlang (Cadangan) - Siri 1

8:33 PTG By Shammmm

1. Akhbar arus perdana
2. Aktiviti waktu senggang
3. Akibat limpahan kemewahan
4. Alam semesta ciptaan Ilahi
5. Bakal pewaris bangsa
6. Bangsa yang maju dan kompetetif
7. Berupaya menjadi wadah
8. Cukup meruncing mutakhir ini
9. Dapat memancing pembaca
10. Di persada antarabangsa
11. Diberi suntikan semangat
12. Dijadikan kayu pengukur
13. Era pramerdeka ( sebelum merdeka )
14. Era pascamerdeka ( selepas merdeka )
15. Gabungan kerjasama yang strategik

P/s : Jangan guna terlalu banyak frasa puitis ini dalam penulisan karangan untuk mengelakkan risiko (letak atau guna di tempat yang salah).


Jika berminat untuk belajar lebih banyak lagi, boleh rujuk ke Siri 2 :)

UPSR: Contoh Jawapan Bina Ayat ( Penulisan ) - Siri 3

7:45 PTG By Shammmm


Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.
Latihan dan Jawapan Bina Ayat Berdasarkan Gambar | UPSR Bahasa ...
1. Encik Abu sedang menyiram bunga-bunga di taman agar dapat tumbuh dengan sihat.

2. Anis sedang membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan di taman.

3. Nabil dan Farah sedang bermain bola bersama-sama dengan riang sekali di taman yang berdekatan dengan rumah mereka.

4. Tisha dan Aiman sedang bermain jongkang-jongket di taman dengan gembira sekali.

5. Ali sedang bermain gelongsor di taman yang berdekatan dengan rumahnya.

UPSR: Contoh Jawapan Bina Ayat ( Penulisan ) - Siri 2

5:58 PTG By Shammmm


Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.

TEMA 1 (KELUARGA)

1. Encik Ali sedang mengelap cermin di rumahnya agar berkilat.

2. Puan Aminah sedang mengelap sebuah bingkai gambar yang kelihatan berhabuk di rumah.

3. Amin sedang menyusun buku-buku di rak agar kelihatan kemas dan teratur.

4. Azfar sedang membersihkan akuarium miliknya agar bersih untuk tempat tinggal ikan-ikannya.

5. Aiman sedang mengecat dinding menggunakan cat baharu supaya rumahnya kelihatan cantik.

UPSR: Contoh Jawapan Bina Ayat ( Penulisan ) - Siri 1

Selasa, 2 April 2013 6:11 PTG By Shammmm

EDITED (16/6)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
1. Beberapa orang murid sedang berbaris untuk membeli makanan dan minuman di kantin.

2. Seorang pekerja kantin sedang melayan murid-murid yang hendak membeli makanan.

3. Seorang pekerja kantin sedang membasuh pinggan-mangkuk yang telah digunakan.

4. Seorang budak lelaki sedang memasukkan bungkusan makanan ke dalam tong sampah.

5. Beberapa orang murid sedang menikmati makanan yang dibeli oleh mereka di kantin tersebut.


Jika mahu lebih banyak contoh lagi, boleh rujuk siri 2 dan 3 :)